Welcome!

Saturday 25 January 2014

Nuklear Malaysia


Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) atau dulunya Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dipertanggungjawabkan menyelidik teknologi nuklear dan teknologiyang berkaitan dengannya di Malaysia. Di antara aktiviti utama Nuklear Malaysia ialah penyelidikan dan pembangunan teknologi, khidmat teknikal, pembangunan tenaga manusia dan hubungan luar. Tenaga pakar Nuklear Malaysia bergabung dengan tenaga pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membangunkan teknologi radioaktif, tenaga nuklear, bioteknologi dan penyelidikan tisu kultur benih-benih pokok bermutu. Semua kemudahan, makmal dan pejabat Nuklear Malaysia terletak di dua kompleks utama: Kompleks MINT Bangi dan Kompleks MINT Jalan Dengkil. Kompleks MINT Bangi, dalam Daerah Hulu Langat adalah seluas kira-kira 66 ekar manakala Kompleks MINT Jalan Dengkil, dalam Daerah Sepang adalah seluas kira-kira 206 ekar. Nuklear Malaysia mempunyai satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia, Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Ia mula digunakan pada 1982. Seperti reaktor TRIGA lain, ia cuma digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan pendidikan.

Sejarah

Nuklear Malaysia ditubuhkan pada 1972 sebagai Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Dr Ismail (PUSPATI). Kemudian pada 1983 ia dinamakan Unit Tenaga Nuklear (UTN) apabila ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kemudian selepas dipindahkan ke bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Oktober 1990. Pada 10 Ogos 1994, barulah ia bergelar Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Pada 28 September 2006, MINT sekali lagi diberi identiti baru sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment