Welcome!

Thursday, 9 January 2014

Diri Aku Sekarang

9 Januari 2014, umurku telah menjangkau 31 tahun. Alhamdulillah, aku bersyukur diatas nikmat yang yang telah diberikan Allah. Aku bersyukur diatas pemberian rezeki, kesihatan tubuh badan, keluarga yang penyayang dan bahagia, dan segala nikmat yang diberikan. Pada usia ini juga aku akan dianugerahkan cahaya mata kedua (isteriku dijangka bersalin pada pertengahan April). Perasaan berdebar dan gelisah tidak dapat dipisahkan,..namun mungkin hanya dapat disorokkan dari pandangan mata kasar. Bisik hatiku, mungkin itu adalah satu perasaan yang normal. Apa yang difikirkan adalah tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga. Sudah semestinya tanggungjawab semakin besar, dan besar juga pengorbanan yang perlu aku lakukan. 



Aku mula memikirkan keadaan dan situasi akan datang. Keputusan untuk melanjutkan pelajaran pada usia ini adalah satu cabaran. Tapi adakah aku hanya dapat bertahan dengan segala cabaran yang dihadapi sekarang? Dengan tugas (kerja) yang selalu sibuk, bila masa untuk mengulangkaji pelajaran? Bagaimana dengan urusan rumahtangga dan anak? Bagaimana dengan kewangan? …Persoalan itu sedikit sebanyak mengganggu walaupun aku punya jawapan “Jangan anggap cabaran sebagai penghalang, kerana disebalik cabaran itu adalah kejayaan” Aku bertuah kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari keluarga. Buat kedua ibu bapa dan isteriku…terima kasih diatas sokongan dan dorongan. Doaku kepada yang Esa “Ku mohon padaMu Ya Allah, permudahkan segala urusan bagiku dan keluargaku”.

No comments:

Post a Comment