Welcome!

Showing posts with label General Knowledge. Show all posts
Showing posts with label General Knowledge. Show all posts

Saturday, 25 January 2014

MalaysiaKu


Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang. Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya. 

Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan. Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri. Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster, dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika, serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. 





Asal usul Nama 

Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru. Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu. Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura. Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila Malaysia merampas nama itu. Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi. Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "tanah bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu. 

Pada tahun 1850, seorang ahli etnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl mencadangkan agar kepulauan Indonesia dinamakan Melayunesia atau Indunesia ketika mengarang Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (Jurnal Kepulauan Hindia dan Asia Timur). Beliau menggemari Melayunesia demi kemudahan pihak kolonial. Berikutan ekspedisinya di Oceania pada tahun 1826, pelayar Perancis, Jules Dumont d'Urville mencipta istilah Malaysia, Micronesia dan Melanesia untuk membezakan budaya dan gugusan kepulauan Pasifik daripada istilah Polynesia yang sedia ada. Pada tahun 1831, beliau mengusulkan istilah-istilahnya kepada Société de Géographie (Persatuan Geografi). Dumont d'Urville menyifatkan Malaysia sebagai "kawasan yang lebih dikenali sebagai Hindia Timur". Ketika itu, adalah dipercayai bahawa kesemua penduduk kawasan berkenaan boleh dipanggil "orang Melayu" sama sekali, selaras dengan konsep kaum Melayu ketika itu, yang bertentangan dengan takrifan masa kini yang memerikan "Melayu" sebagai kelompok etnik yang seragam budayanya, bertutur bahasa Melayu dan tinggal di pantai timur Sumatera, Kepulauan Riau, Semenanjung Tanah Melayu dan pesisiran pulau Borneo. Istilah "Dunia Melayu" pula digunakan sebagai gelaran kepada keempat-empat kawasan tersebut pada keseluruhannya iaitu bersinonim dengan Nusantara. 

Sejarah

Terdapat bukti petempatan awal manusia di Malaysia sejak lebih kurang 40,000 tahun lalu. Manusia pertama sekali yang menduduki Semenanjung Melayu mungkin ialah kaum Negrito. Semenanjung Melayu dikenali sebagai "Semenanjung Emas" oleh tamadun India purba (Suvarnadvipa) dan juga peta dunia Ptolemy (Chersonesus Aurea atau Semenanjung Kencana). Semenanjung Melayu menyambut pedagang dan penghuni dari India dan China seawal-awal abad pertama Masihi, di mana mereka membuka pelabuhan dan bandar di kawasan itu pada abad ke-2 dan ke-3 M. India dan China membawa pengaruh besar kepada kebudayaan setempat. Pada awal alaf pertama, para penduduk Semenanjung Melayu menganut agama Hindu dan Buddha dari India serta meminjam sistem tulisan Sanskrit. Dari abad ke-7 hingga ke-13, kebanyakan kawasan Semenanjung Melayu ditakluki oleh empayar Srivijaya yang beribu kota di Palembang di pulau Sumatera. Setelah kejatuhan Srivijaya, giliran empayar Majapahit yang berpangkalan di Jawa pula yang mempengaruhi kawasan-kawasan Indonesia, Semenanjung Malaysia, dan pesisiran Pulau Borneo. Pada awal abad ke-15, Parameswara, seorang putera dari bekas kerajaan Srivijaya, mengasaskan sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Melaka. Kemudian, Parameswara memeluk agama Islam, maka orang Melayu beramai-ramai pun memeluk agama Islam pada abad ke-15. Pada zaman ini, Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan tersohor yang menarik ramai pedagang dan saudagar dari seluruh rantau. 

Zaman penjajahan Eropah bermula pada tahun 1511, apabila Melaka ditakluki oleh Portugal untuk dijadikan tanah jajahan, disusuli pula oleh pengambilalihan Belanda di Melaka pada tahun 1641. Empayar British menjejak kaki di Semenanjung Melayu pada tahun 1786, dengan memajakkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur British dari negeri Kedah, kemudian menduduki Singapura tidak lama kemudian. Pada tahun 1824, British menguasai Melaka ekoran Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memecahkan kepulauan Melayu kepada kawasan taklukan British dan Belanda, yang mana Malaya terletak dalam kawasan British. Pada tahun 1826, British menguasai Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Labuan untuk dijadikan wilayah jajahan mahktoa Negeri-Negeri Selat. Pada awal abad ke-20, negeri-negeri Pahang, Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan yang membentuk Negeri Melayu Bersekutu, ditugaskan Residen British sebagai penasihat raja-raja Melayu yang terpaksa mengikut kata-kata mereka hasil perjanjian terdahulu. Lima negeri semenanjung yang lain, iaitu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, biarpun tidak diperintah secara langsung dari London, namun turut menerima penasihat British pada awal abad ke-20. Sabah ditadbir sebagai jajahan makhota Borneo Utara Inggeris, manakala Sarawak diserahkan oleh Kesultanan Brunei kepada James Brooke yang memerintah sebagai Raja Putih dalam sebuah Kesultanan yang merdeka sehingga diserahkan kepada pemerintahan langsung British pada tahun 1946.

Pada Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menyerang lalu menduduki Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura selama tiga tahun lebih. Sewaktu ini, hubungan antara etnik makin tegang dan semangat nasionalisme makin mekar. Setelah wilayah Malaysia ditakluki semula oleh Pihak Berikat, masyarakat tempatan semakin menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan. Rancangan pascaperang British untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu menjadi jajahan tunggal iaitu Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu yang membantah perbuatan melemahkan kuasa raja-raja Melayu serta pemberian kewarganegaraan kepada kaum Cina. Pada tahun 1946, Malayan Union terbentuk daripada semua taklukan British di Tanah Melayu kecuali Singapura, kemudian dibubarkan pada tahun 1948 untuk memberi laluan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang memulihkan autonomi raja-raja Melayu di bawah naungan British. Pada masa yang sama, pejuang pemberontak pimpinan Parti Komunis Malaya melancarkan kegiatan gerila untuk mengusir British dari Tanah Melayu, sehingga mencetuskan darurat dari tahun 1948 hingga 1960, yang melibatkan kempen anti-pemberontak berpanjangan oleh tentera Komanwel di Tanah Melayu. 

Walaupun masih di tengah zaman Darurat, Tanah Melayu tetap diisytiharkan sebagai negara merdeka pada 31 Ogos 1957, diikuti penyerahan kalah oleh gerila Komunis tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersama jajahan British di Sabah, Sarawak dan Singapura, bergabung untuk membentuk Malaysia. Tarikh yang dicadangkan untuk pembentukan Malaysia adalah 31 Ogos 1963, sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dan penerimaan pemerintahan sendiri kepada Sarawak oleh Sabah oleh British. Akan tetapi, upacara pengisytiharan persekutuan Malaysia ditunda hingga 16 September 1963 kesan tentangan kerajaan Indonesia pimpinan Sukarno serta cubaan Parti Rakyat Bersatu Sarawak untuk menangguhkan pembentukan Malaysia. Zaman kemerdekaan awal menyaksikan kemuncak "Konfrontasi" dengan Indonesia kerana pembentukan Malaysia, pengunduran diri Singapura pada tahun 1965, dan rusuhan antara kaum pada tahun 1969. Selepas peristiwa 13 Mei itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak, dengan tujuan meningkatkan penguasaan ekonomi negara oleh bumiputera ("orang peribumi", termasuk orang Melayu dan sewajarnya orang asli dan pribumi lain) berbanding kaum-kaum lain. Oleh itu, Malaysia terpaksa menanggung imbangan politik etnik yang rumit, dengan sistem kerajaan yang cuba menggabungkan pembangunan ekonomi keseluruhan dengan dasar politik dan ekonomi yang memupuk penyertaan sama-rata semua kaum. Ketika negara dipimpin oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Malaysia menikmati pertumbuhan ekonomi sepanjang 1980-an dan 1990-an, meskipun disampuk oleh kemelesetan pasaran harta pada tahun 1985-86. Ketika ini, Malaysia beralih dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian yang termasuk komputer dan barangan elektronik pengguna. Pada masa yang sama, wajah bumi Malaysia berubah kerana bangkitnya berbilang-bilang projek mega, antaranya Menara Berkembar Petronas (yang mencapai taraf bangunan komersil tertinggi di dunia sebaik sahaja siap dibina), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Projek Lebuhraya Utara Selatan, Litar Antarabangsa Sepang, Koridor Raya Multimedia, empangan hidroelektrik Bakun dan pusat pentadbiran persekutuan baru, iaitu Putrajaya. Pada akhir 1990-an, Malaysia digegarkan oleh krisis kewangan Asia dan kemelut politik ekoran pelucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada November 2007, Malaysia digemparkan lagi oleh dua acara tunjuk perasaan anti-kerajaan yang mendakwa anasir rasuah dan perselisihan dalam sistem ekonomi Malaysia yang memihak kepada parti pemerintah, Barisan Nasional yang menguasai Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957.

  Politik
Malaysia ialah sebuah negara beraja elektif berperlembagaan persekutuan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, ketua negara persekutuan. Yang di-Pertuan Agong dipilih dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk sepenggal lima tahun; tanpa penyertaan empat negeri lain (Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah) yang hanya dipimpin oleh Yang di-Pertua Negeri. Sistem kerajaan di Malaysia banyak berasaskan sistem parlimen Westminster yang diwarisi daripada zaman penjajahan British. Kuasa perundangan diagihkan kepada badan perundangan persekutuan dan negeri. Parlimen Malaysia yang dwidewan terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat dianggotai oleh 222 Wakil Rakyat, iaitu ahli-ahli yang dipilih oleh kawasan pengundian masing-masing untuk penggal maksimum lima tahun. Kesemua 70 Senator (ahli Dewan Negara) dilantik untuk penggal tiga tahun; 26 daripadanya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, manakala 44 yang selebihnya dilantik oleh raja atas syor Perdana Menteri. Parlimen Malaysia mengikuti sistem pelbagai parti dan ahli-ahlinya dipilih menerusi sistem pemenang undi terbanyak. Semenjak mencapai kemerdekaannya, Malaysia ditadbir oleh parti campuran Barisan Nasional (dahulunya Parti Perikatan). Selain Parlimen persekutuan, setiap negeri mempunyai sebuah Dewan Undangan Negeri ekadewan (DUN) yang terdiri daripada ahli-ahlinya yang dipilih dalam pilihan raya peringkat negeri. Kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar untuk negeri-negeri Melayu atau Ketua Menteri di negeri-negeri tanpa raja[16], yang merupakan ahli dewan undangan negeri dari parti majoriti di Dewan Undangan Negeri. Di setiap negeri beraja, Menteri Besar diwajibkan berketurunan Melayu dan dilantik oleh sultan atau raja atas nasihat Perdana Menteri. Pilihan raya parlimen diadakan lebih kurang sekali dalam empat atau lima tahun. Pilihan raya umum terkini diadakan pada Mac 2008. Pengundi berdaftar yang berusia 21 tahun ke atas boleh mengundi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang disukai. Kuasa eksekutif terletak di tangan jemaah menteri pimpinan perdana menteri. Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa perdana menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat majoriti di parlimen dalam pandangan Yang di-Pertuan Agong. Cabang kehakiman Malaysia bebas daripada pengaruh eksekutif dan perundangan. Badan kehakiman tertinggi ialah Mahkamah Persekutuan yang dibawahi oleh dua mahkamah tinggi, iaitu satu untuk Semenanjung dan satu lagi untuk Malaysia Timur. Sistem undang-undang Malaysia berasaskan undang-undang am Inggeris.


Sistem mahkamah syariah berasingan dari mahkamah awam untuk menerima kes-kes yang melibatkan umat Islam di Malaysia. Sistem mahkamah syariah sama paras dengan sistem mahkamah biasa dan menjalani pembaharuan yang menyaksikan pelantikan hakim-hakim dalam kalangan wanita. Di Malaysia wujudnya perbahasan sama ada negara ini wajar mengamalkan kerajaan berdasarkan sekular atau Islam, memandangkan ada negeri yang meluluskan undang-undang Islam tetapi tidak berkuatkuasa kerana ditentang oleh kerajaan persekutuan.

Tempat Menarik Di Dunia

Dunia ini penuh dengan tempat-tempat yang unik dan menakjubkan untuk dilawati dan dengan kemajuan teknologi, tempat-tempat yang terpencil tapi mengagumkan seumpama ini dapat dijumpai. Melihat keindahan alam yang mempersonakan ini akan membuatkan hati mengagumi kebesaran Allah yang menciptakan seluruh alam, walaupun hanya sekadar dapat melihat dari skrin komputer, itu pun jadilah. Senarai ini memperlihatkan 5 tempat paling unik dan menakjubkan dari seluruh dunia, yang tidak mengikut turutan. 

1. Pamukkale, Turki
Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air. Endapan sedimen dari batu travertine menghasilkan teres putih, air terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di sekitarnya. 17 mata air panas di sini pula dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan ini juga menjadi spa untuk berubat sejak ribuan tahun dan menarik pengunjung dari serata dunia, selain kerajaan Rom pernah membina kota kuno Hieropolis di sini. 


2. Sanqingshan, China
Sanqingshan yang dianggap sebagai tempat suci ini digunakan oleh penganut agama Tao untuk meditasi, dan dipercayai mampu memberikan keabadian hidup. Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik-tasik, formasi batu granit yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan dan pokok-pokok pain yang berbentuk unik. Tasik-tasik dan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran unik yang menarik banyak spesis burung dan haiwan eksotik yang jarang dijumpai. 

3. Vale Da Lua, Brazil
Tempat ini merupakan lembangan batu yang terbentuk hasil hakisan dari Sungai San Miguel. Vale Da Lua bermaksud lembah bulan dan diberikan nama tersebut kerana hakisan dari sungai menyebabkan batu tersebut menjadi licin dan berwarna kelabu seperti di bulan. Lembah ini juga mempunyai batu tertua di dunia, degan anggaran usia menjangkau 1.8 billion tahun. Sungai tersebut pula telah membentuk gua, air terjun dan pembentukan batu yang pelik. Jika dilihat dari angkasa lepas, kawasan ini merupakan yang paling bercahaya di bumi. 

4. Socotra, Yaman
Socotra digambarkan sebagai salah satu tempat yang kelihatan seperti asing dari planet lain. Ianya sangat terasing dengan iklim yang ekstrem dan kering, dan hasilnya satu pertiga daripada tumbuhan di sini tidak terdapat di tempat-tempat lain, termasuk pokok Darah Naga yang terkenal, tumbuhan luar biasa berbentuk seperti payung yang mengeluarkan getah berwarna merah. Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia. 


5. Laut Mati, Jordan
Laut Mati yang juga dikenali sebagai Laut Garam ini terletak di sempadan Jordan dan Israel. Ianya terletak di ketinggian paling rendah di atas permukaan bumi. Disebabkan kemasinan dan kepadatan yang sangat tinggi, ianya digelar Laut Mati dan airnya lebih masin berbanding air laut. Ianya juga terkenal dengan sifatnya yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air. Hidupan air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini.

10 Pokok Menarik

Pokok bukan sahaja membekalkan oksigen kepada hidupan, malah ianya juga mampu memberikan tempat perlindungan, makanan, sumber haba, produk kegunaan harian dan juga bahan binaan. Pokok boleh didapati di mana sahaja, kecuali di kawasan kutub mungkin dan ianya sebenarnya sangat banyak mempengaruhi kehidupan manusia di sekelilingnya. Di antara 100,000 jenis spesis pokok yang jumlahnya melebihi berbillion di seluruh dunia, terdapat segelintir yang sangat cantik dan indah serta akan membuatkan kita merasa kagum akan keindahan ciptaan Allah. 

Di sini dipaparkan 10 jenis pokok tercantik dan terindah di dunia.

  1. Sequoia Gigantea

2. Palm Tree

3. Jacaranda Tree

4. The Basket Tree

5. Pink Trumpet Tree

6. Dragon Tree

7. Acacia

8. Baobab

9. Japanese Maple Tree

10. Royal Poinciana Tree

Mengenai UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur. Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini. Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.

Asas Penubuhan

• Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
• UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
• UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
• Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
• Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Sejarah Penubuhan

• Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi. Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayudi peringkat universiti. • 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
• 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid,Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain.
• 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.

Organisasi Pentadbiran 

Asasnya penubuhan sebuah Universiti adalah diketuai oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Baginda merupakan CanselorUniversiti Kebangsaan Malaysia ketiga. Sebagai jawatan kehormat yang tertinggi peranan utama baginda adalah sebagai lambang pengiktirafan sesebuah universiti ini. Terdapat 3 orang Pro Canselor iaitu Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithaudeen Al Haj bin Tengku Ismail, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tun (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid. Yang Teramat Mulia Tengku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. UKM mempunyai Lembaga Pengarah Universiti yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M. Zawawi bin Ismail. Diperingkat pengurusan universiti, UKM diketuai oleh Naib Canselor yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi, dan dibantu oleh 4 orang Timbalan Naib Canselor (TNC), iaitu TNC Hal-ehwal Akademik &Antarabangsa, TNC Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi, TNC Hal-ehwal Pelajar & Alumni, dan TNC Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat. Selain itu terdapat 3 pegawai pengurusan utama iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan. Dalam hal-ehwal pembangunan akademik ia dibawah tanggungjawab Senat Universiti.

Kedudukan Universiti

Jadual berikut menunjukkan kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia mengikut THES - QS World University Rankings yang diterbitkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) danQuacquarelli Symonds (QS).

TahunKedudukan di dunia
2013▼ 269[6]
2012261[7]
2010263
2009291
2008250[8]
2007309
2006185
2005288
TahunKedudukan di Asia
201387[9]

10 Sikap Orang Jepun Yang Boleh Dicontohi

1. Orang Jepun sangat menepati waktu dan janji. Ini perkara yang paling ketara waktu aku ada kat Jepun. Kalau orang Jepun dah berjanji jumpa pukul 7 pagi tu, memang tepat pukul 7 pagi dia ada duduk 'cokoh' tunggu diriku dekat lobi hotel. Kalau kat Malaysia senang jer. Kalau janji pukul 7 pagi, ko tambah jer 30 minit atau sejam, tentu tak lari jauh. Padahal menghargai waktu itu adalah ajaran Islam. Demi MASA! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) (Al-ASr 103:1-3) Allah telah bersumpah dengan masa. Kalau Allah dah bersumpah tu, menunjukkan masa itu satu perkara yang besar / hebat / penting samalah dengan 'demi MATAHARI', 'demi BULAN', 'demi BINTANG' dsb.

2. Orang Jepun sangat pembersih. Inipun ajaran Islam. Maksud hadis: ”Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman”. (HR. Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi). Pelik ya kenapa orang Jepun lebih 'Islamik' daripada orang Malaysia.

3. Orang Jepun selalu kata Hai. Sebagai contoh, kalau ditanya 'Ogengkideska (apa khabar)?' Mereka akan menjawab 'Hai (ya) Watashiwa gengkides (saya sihat)' Jadi perkataan Hai (ya) ni dah jadi sebati dengan mulut diaorang. Oleh itu, kita hendaklah mencontohi orang Jepun. Sekiranya anda berjumpa kawan, sapalah Hai. Contohnya Hai Fatin Liyana. Hai Fatin Suhana. Hai Annas Easkey.

4. Orang Jepun sangat menghormati orang lain. Sebenarnya cara asal orang Jepun menyapa kawannya ialah dengan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Bukan senang nak hormatkan orang sampai begitu sekali. Tak kiralah besar manapun pangkat kau kat dunia ni, semuanya adalah kurniaan dari ALLAH.

5. Orang Jepun sangat berdisiplin. Ini satu perkara yang aku perasan. Tak kira kerja apa yang diaorang buat diaorang sangat teliti, ada sistem, tersusun, teratur, berjadual, rapi dsb. Tak hairanlah diaorang mampu bangunkan negara diaorang dalam masa yang sangat singkat setelah perang dunia kedua. Mungkin sebab adanya kesusahan perang itu menjadikan rakyat Jepun lebih kuat dan hebat.

6. Orang Jepun sangat mementingkan persahabatan. Bagi orang Jepun, persahabatan adalah satu perkara yang number 1. Mereka amat mengambil berat terhadap sahabat masing2. Kalau ada sahabat diaorang yang takder duit, diaorang bagi hutang. Kalau ada sahabat diaorang yang kelaparan, diberinya makan. Kalau ada sahabat diaorang yang memerlukan bantuan, diberinya bantuan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memerlukan sahabat yang sentiasa menolongnya dalam perjuangan dakwah Islamiah, apatah lagi kita. Orang Jepun mempunyai panggilan khas untuk sahabat yang bersama ketika susah dan senang ini, dipanggil Nakama. Sedangkan kawan dipanggil Tomodachi. Aku ingin mencari Rakan Seperjuangan, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku. Semoga Allah menunjukkan kepadaku: Rakan Seperjuanganku, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku.

7. Orang Jepun sangat kemas. Ini kerana mereka mengamalkan 5S. 5S tu ialah seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke. Kalau dalam bahasa omputehnya: sorting, straightening, systematic cleaning, standardizing, and sustaining. Nak tahu lebih lanjut pasal 5S sila klik kat sini. 5S ni kalau dalam bahasa melayu: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik. Yang ni pulak aku cipta: Sila Susun Selepas (engkau buat) Semak dan (engkau buat) Sampah.

8. Orang Jepun suka bangun pada awal pagi. Ini yang aku pelik bin ajaib. Sepatutnya rakyat Malaysialah yang suka bangun awal pagi, sebab rakyat Malaysia kena sembahyang Subuh. Ini terbalik pulak. Aku dah tanya orang Jepun ni, rata-rata diaorang akan bangun sekitar pukul 5-6 pagi. Huh, kalau rakyat Malaysia, waktu tu la paling sedap nak berdengkur. Cuba la bawak bangun awal sikit, sebelum Subuh ke. Lepas tu buat Tahajud 2-3 round ker, baru la cantik amalan.

9. Orang Jepun suka mandi air panas. Ha, ini adalah salah satu rahsia kenapa kulit awek Jepun sangat cantik dan comel. Kalau korang nak tahu, dalam air panas semulajadi tu ada Sulphur. Air panas semulajadi ni bersifat Asid. Ianya amat sesuai untuk kulit. Ini terbalik dengan air yang kita minum. Air yang paling baik untuk diminum ialah air yang bersifat alkali. Cepat la awek2 malaysia pergi mandi air panas kat Malaysia, tak kira la kat kolam air panas bemban ke, Sg. Serai ke, Selayang ke, Labis ke, barulah kulit korang jadi putih berseri macam awek Jepun.

10. Orang Jepun sangat sukakan bulan. Hah, ini tak dapat disangkal lagi. Cuba tengok flag Jepun camner. Apa salahnya menyukai bulan. Bulan itu diciptakan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan tarikh dan waktu kepada umat Islam melalui kalendar Islam dan perubahan bentuk bulan. Bulan juga mempunyai fungsi menghasilkan air pasang dan surut. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah menciptakan bulan. Aku juga selalu pandang ke langit, melihat bulan lalu kuucapkan Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT yang telah menciptakan bulan.

Formula Satu

Siri Formula Satu berasaskan lumba kereta Grand Prix Eropah pada tahun 1920-an dan 1930-an. "Formula" tersebut ialah satu set peraturan yang perlu dipatuhi kesemua peserta. F1 merupakan formula baru yang dipersetujui setelah Perang Dunia Kedua pada tahun 1946, iaitu tahun ketika perlumbaan bukan kejohanan dilangsungkan. Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix telah merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum perang, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947. Perlumbaan kejohanan dunia pertama diadakan diSilverstone, United Kingdom pada tahun 1950. Satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958. Kejohanan negara wujud di Afrika Selatan dan UK pada 1960-an dan 1970-an. Perlumbaan F1 bukan kejohanan dilangungkan selama beberapa tahun, namun oleh sebab kos penganjuran yang makin tinggi, perlumbaan sedemikian yang terakhir diadakan pada 1983. Gelaran sukan ini, Formula Satu, menandakan bahawa sukan ini dihendakkan menjadi formula perlumbaan yang paling canggih dan kompetitif.

Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai oleh Giuseppe Farina dari Itali dengan kereta Alfa Romeonya pada tahun 1950, dengan menang tipis atas rakan sepasukannya dari Argentina Juan Manuel Fangio. Namun begitu, Fangio merangkul gelaran juara pada musim-musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957, manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada thaun 1952 dan 1953. Meskipun Stirling Moss dari UK mampu bertanding dengan kerap, beliau tidak pernah mampu menjuarai Kejohanan Dunia, maka kini banyak dianggap sebagai pemandu terhebat yang tidak pernah merangkul gelaran itu. Sementara itu, Fangio dikenang kerana mendominasi dekad pertama F1 maka sekian lama dipandang sebagai "grand master" F1. Zaman ini didominasi oleh pasukan-pasukan yang dikendali oleh pembuat kereta jalanan - Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes Benz dan Maserati - keempat-empatnya pernah bertanding sebelum tercetusnya perang. Musim-musim terawal menyaksikan penggunaan kereta yang dibangunkan sebelum zaman perang seperti Alfa Romeo 158. Kereta-kereta ini berenjin di bahagian hadapan, dengan tayar berjejak nipis dan enjin meruap 1.5 liter atau enjin beraspirasi biasa 4.5 liter. Kejohanan dunia 1952 dan 1953 diadili meenurut peraturan Formula Dua, lalu menyaksikan kereta yang lebih kecil dan kurang kuasanya, atas sebab kebimbangan mengenai bilangan kereta Formula Satu yang ada. Apabila Formula Satu yang baru, demgan enjin-enjin yang terhad kepada 2.5 liter, dipulihkan dalam kejohanan dunia pada tahun 1954, Mercedes-Benz memperkenalkan W196 yang canggih, yang bercirikan inovasi seperti injap desmodromik dan suntikan bahan api serta juga pembuatan badan yang diperkemas dan terlitup. Mercedes memenangi kejohanan pemandu selama dua tahun, sebelum menarik diri daripada semua sukan bermotor akibat Bencana Le Mans 1955.

Tanpa disangka-sangka, Michael Schumacher dan Ferrari bersama-sama memenangi lima kejuaraan pemandu dan enam kejuaraan pengeluar berturut-turut antara 1999 hingga 2004. Schumacher telah mencatat banyak rekod baru, termasuk jumlah kemenangan Grand Prix terbanyak (91), kemenangan terbanyak dalam semusim (13 daripada 18), dan kejuaraan pemandu terbanyak (7).[5] Tuah Schumacher berakhir pada 25 September 2005 apabila pemandu Renault Fernando Alonso menjadi juara Formula Satu termuda. Pada tahun 2005 dan 2006, Renault dan Alonso merangkul kejuaraan pemandu dan pengeluar selama dua tahun berturut-turut. Schumacher bersara pada akhir musim 2006, setelah 16 tahun berkecimpung dalam Formula Satu. Sepanjang tempoh ini peraturan kejohanan seringkali diubah oleh FIA yang bertujuan meningkatkan aksi atas litar dan menurunkan kos.[6] Arahan pasukanyang dibenarkan sejak kejohanan bermula pada tahun 1950, diharamkan pada tahun 2002 setelah berlakunya beberapa kejadian di mana pasukan-pasukan memanipulasi keputusan perlumbaan secara terbuka, lalu menarik publisiti negatif, terutamanya yang dilakukan oleh Ferrari sewaktu Grand Prix Austria 2002. Perubahan-perubahan lain termasuk format kelayakan, sistem pungutan mata, peraturan teknikal yang menentukan berapa lama enjin dan tayar perlu bertahan. Satu 'perang tayar' yang meletus antara pembekal Michelin dan Bridgestone menyaksikan masa pusingan jatuh, meskipun semasaGrand Prix Amerika Syarikat 2005 di Indianapolis tujuh daripada sepuluh pasukan tidak berlumba setelah tayar Michelin yang digunakan didapati tidak selamat digunakan. Pada akhir musim 2006 Max Moseley menggariskan masa depan yang lebih ‘mesra alam’ bagi Formula Satu, yang mana penggunaan tenaga yang cekap akan menjadi faktor penting.[7] Dan perang tayar telah berakhir, apabila Bridgestone menjadi pembekal tayar tunggal untuk Formula Satu untuk musim 2007. Sejak tahun 1983, Formula Satu telah didominasi oleh pasukan pakar perlumbaan seperti Williams, McLaren dan Benetton yang menggunakan enjin yang dibekal oleh pengeluar kereta besar seperti Honda, Renault dan Ford. Bermula pada 2000 dengan penciptaan Ford pasukan Jaguar yang sebahagian besar gagal, pasukan-pasukan baru dimiliki pengeluar menyertai Formula Satu buat kali pertama sejak pemergian Alfa Romeo dan Renault pada hujung 1985. Pada tahun 2006, pasukan pengeluar – Renault, BMW, Toyota, Honda dan Ferrari – mendominasi kejuaraan dengan merangkul lima daripada enam tempat teratas dalam kejuaraan pengeluar kereta. Pengecualian tunggal itu adalah McLaren yang sebahagiannya dimiliki oleh Mercedes Benz. MelaluiGrand Prix Manufacturers Association (GPMA) mereka berunding keuntungan komersil Formula Satu yang lebih besar dan hak untuk memberi pandangan mengenai hal pengendalian sukan ini. Grand Prix Bilangan Grand Prix yang diadakan dalam satu musim banyak berubah dari tahun ke tahun. Hanya tujuh perlumbaan membentuk musim julung pada 1950; selama bertahun-tahun saiz kalendar penganjurannya berganda tiga kali. Walaupun bilangan perlumbaan kekal pada enam belas atau tujuh belas sejak 1980-an, mencecah 19 perlumbaan pada 2005. Enam daripada tujuh perlumbaan original diadakan di Eropah; cuma satu perlumbaan bukan-Eropah yang d Kejuaraan Dunia dalam 1950 iaitu Indianapolis 500, dimana disebabkan oleh kurang penyertaan dari pasukan F1, since it required cars with spesifikasi berlainan daripada perlumbaan lain, adalah diganti dengan Grand Prix Amerika Syarikat.

Thursday, 23 January 2014

Kelantan Darul Naim

Kelantan Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%. 

Sejarah

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdaganganyang penting pad akhir abad ke-15.

Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.

Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British. Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Budaya Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala (Jala), Narathiwat (Menara), Patani dan Songkla (Senggora).

Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand. Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu. Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri kelantan.Sekarang masyrakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu.Di samping itu nasi kerabu juga popular di negeri kelantan , hanya masyarakat kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap.Terdapat macam-macam makanan yang sedap-sedap dinegeri kelantan.

Bahasa

Penduduk di Kelantan kebanyakan menggunakan bahasa Melayu Kelantan, bahasa ini merupakan loghat dari bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganutetapi digunakan sehingga di Besut dan Setiu, Terengganu.

Menjaga Kesihatan

Sememangnya kita semua tahu menjaga kesihatan diri itu amat penting. Tetapi motivasi diri untuk bersenam adalah hak individu. Ia bergantung kepada pelbagai aspek seperti gaya hidup, pekerjaan, umur dan lain-lain. Tanpa motivasi yang berkesan, program kecergasan dan nutrisi anda tidak akan kekal lama. Mari kita lihat faedah yang biasa apabila kita cergas:

1. Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.

2. Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.

3. Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.

4. Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.

5. Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.

6. Melegakan tekanan: Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.

7. Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.

8. Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina.

9. Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun

Tips Berjaya Dalam Temuduga

Ramai yang bertanya mengenai temuduga dan apakah tips untuk berjaya dalam temuduga. Jadi hari ini dikongsikan kepada anda antara tips untuk temuduga:

 • 1. Sedikit info tentang Jawatan/Syarikat yang dipohon

Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu membuat kajian tentang jawatan yang anda pohon. Antara kegagalan calon ialah tidak tahu skop jawatan yang dipohon. Jika anda memohon kerja di syarikat swasta, jangan lupa buat sedikit kajian tentang syarikat juga supaya anda mendapat gambaran umum tentang syarikat. Dengan melakukan perkara ini, ia akan meningkatkan kredibiliti anda kepada penemuduga dan membantu anda mencipta soalan-solan yang boleh ditanya kepada penemuduga.

2. Tahu Di Mana Lokasi tempat temuduga

Pastikan anda tahu lokasi tempat temuduga tersebut dan bagaimana anda boleh ke sana. Berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke sana? Adakah anda tahu nombor telefon dan dengan siapa anda akan berjumpa? Bagaimana dengan tempat letak kenderaan? Dengan mengetahui perkara ini anda boleh menjimatkan masa anda dan mengelakkan tekanan yang mungkin anda hadapi jika tercari-cari tempat tersebut ketika hari temuduga nanti.

• 3. Pakaian

Pakaian anda haruslah kemas, menarik dan kelihatan profesional. Walaupun anda tidak begitu arif tentang budaya syarikat, adalah lebih selamat jika anda mengenakan pakaian yang agak konservatif. Sekiranya ketika anda datang nanti semua orang disitu memakai seluar jeans dan t-shirt sahaja, anda tetap akan nampak lebih baik jika datang dengan pakaian yang kemas. Namun, sekiranya anda sudah tahu tentang budaya syarikat, tidak salah untuk anda berpakaian sedemikian. Selain itu, pastikan rambut anda disikat dengan kemas dan rapi dan kuku anda dipotong dan dijaga dengan baik.

• 4. Temuduga Olok-olok

Pastikan anda bersedia dengan soalan-soalan yang biasa ditanya ketika temuduga seperti “What are your strengths and weaknesses?” (Apakah kekuatan dan kelemahan anda?), “Why do you want to work here?” (Kenapa anda ingin bekerja di sini), “Why should we hire you?” (Kenapa kami harus menerima anda bekerja), dan soalan paling popular iaitu “Tell me about yourself” (Beritahu saya tentang diri anda). Buat satu temuduga olok-olok bersama dengan rakan anda untuk bersoal jawab tentang soalan-soalan ini.

• 5. Dapatkan Rujukan Yang Membantu

Dapatkan sekurang-kurangnya tiga orang rujukan – bekas majikan, rakan sejawat, pensyarah - yang sanggup menjadi rujukan profesional anda. Pastikan anda mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Lebih penting lagi mereka mampu untuk bercakap tentang diri anda jika dihubungi oleh bakal majikan anda nanti.

• 7. Bawa Dokumen Yang Diperlukan

Buat satu senarai dokumen-dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Dokumen ini termasuklah salinan resume anda, kad pengenalan, sijil-sijil yang berkaitan. Kemudian, susun dokumen ini dengan baik. Pastikan susunan salinan fotokopi sama dengan susunan salinan asal. Ini bagi memudahkan penemuduga membuat rujukan. Jika anda graduan baharu, jangan lupa bawa kesemua transkrip pengajian anda. • 8. Jual Diri Anda! Sesi temuduga ialah peluang untuk anda menyinar. Ia bukan masa untuk merendah diri. Bina satu pernyataan ‘Mengapa anda?’. Anda perlu memasukkan kekuatan-kekuatan anda, kebolehan yang anda miliki dan keunikan anda berbanding calon lain.

• 9. Bertanyakan Soalan

Penemuduga akan tertarik dengan calon yang menunjukkan mereka mengetahui banyak perkara tentang syarikat. Oleh itu, berdasarkan kajian anda sebelum menghadiri temuduga, sediakan soalan untuk ditanya kepada penemuduga. Antara soalan yang boleh anda tanya ialah sejauah mana jawatan itu memberi kesan kepada matlamat dan rancangan syarikat di masa hadapan. • 10. Tindakan Susulan Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara penting yang anda perlu anda lakukan ialah menghantar satu email penghargaan atas masa yang diluangkan serta pertimbangan yang mereka lakukan. Nyatakan juga anda sangat berminat dengan jawatan tersebut serta akan komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih tidak menerima apa-apa berita daripada penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi mereka semula. Tanya dengan baik bilakah mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga yang anda hadiri.
 
• 10. Tindakan Susulan

Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara penting yang anda perlu anda lakukan ialah menghantar satu email penghargaan atas masa yang diluangkan serta pertimbangan yang mereka lakukan. Nyatakan juga anda sangat berminat dengan jawatan tersebut serta akan komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih tidak menerima apa-apa berita daripada penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi mereka semula. Tanya dengan baik bilakah mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga yang anda hadiri.

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberikan anda sedikit momentum gerak atur yang baik untuk ke sesi temuduga kerja anda.

.

Saturday, 18 January 2014

10 Pekerjaan Yang Menawarkan gaji Tertinggi di Malaysia


Berikut adalah 10 Pekerjaan Yang Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia. Sebagai panduan pencari kerja di luar sana...

Screenshot_67.png (356×460)

Bola Sepak

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia. Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Federation International Football Association). Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan. Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap 4 (empat) tahun sekali.
 


Sejarah.

 Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini. Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah: pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh. pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal. penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol. Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu. Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1. Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.


Cara permainan.



Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.


Kejohanan antarabangsa.


Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Maklum, Piala Dunia FIFA diadakan setiap-tiap empat tahun sekali dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, terakhir juara 2002. Pertandingan antarabangsa tertua di dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Maklum, Copa América diadakan setiap - tiap dua tahun sekali dan bermula di Argentina pada 1916.

   


Bola sepak di Malaysia.

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan ditubuhkannya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong 1935 - 1937. Sejak ketika itu, aktifiti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang rupa - rupanya memperhaibatkan dunia bola sepak di Malaysia. Selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, dua puluh tahun selepas itu, banyak pemain - pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia, bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.