Welcome!

Saturday, 25 January 2014

Kebaikan Dan Keburukan Internet

Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan melalui talian telefon, sistem wifi dan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah.


Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, serta perkembangan isu semasa di Negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan menduduki peperiksaan SPM, Internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Selain mengakses maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi.

Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosia ljuga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan ber’chatting’ bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan perkhidmatan internet membawa kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

1 comment: