Welcome!
Saturday, 25 January 2014
Telefon Mudah Alih
Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambardan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).
Menyeluruh
Menurut memo dalaman, ‘’American Telephone & Telegraph’’ berbincang bagi membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkhidmatan berwayar di Amerika Syarikat.
Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah.3 bilion, atau separuh dari populasi manusia (sungguhpun sesetengah pengguna memiliki langgan berganda, atau langganan tidak aktif), yang turut menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan dan peranti eletronik biasa di dunia. Terdapat juga kajian mengenai faktor penerimaan perkhidmatan telefon mudah alih.
Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.
Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!
Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan. Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.
Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan. Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya.
Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.
Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang melibatkan telefon bimbit berkamera. Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan surat-e tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada 1996, dengan itu mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali sebagai telefon pintar. Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih pertama dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta orang seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau sekurang-kurangnya menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer.
Sistem Selular
Telefon bimbit menghantar dan menerima isyarat radio dengan beberapa stesyen pengkalan tapak sel yang dilengkapi dengan radio gelombang mikro. Tapak ini biasanya dipasang pada menara, tiang atau bangunan, dan terletak di seluruh kawasan berpenduduk, kemudian dihubungkan kepada system suis dan jaringan komunikasi berkabel. Telefon memiliki pemancar berkuasa rendah yang memancar suara dan data kepada tapak sel terdekat, biasanya tidak lebih dari 8 hingga 13 km (sekitar 5 hingga 8 batu) berhampiran.
Apabila telefon bimbit atau peranti data dipasang, ia mendaftar dengan Pusat Pertukaran Bergerak (‘’Mobile Switching Center’’), atau suis, dengan pengenalan uniknya, dan kemudian ia boleh diberitahu oleh suis boleh gerak apabila terdapat panggilan masuk. Telefon bimbit itu mendengar secara berterusan bagi isyarat terkuat di terima dari stesyen pengkalan sekeliling, dan mampu untuk bertukar dengan lancar antara tapak pemancar. Ketika pengguna bergerak dalam jaringan, peralihan dilakukan bagi membenarkan peranti beralih tapak tanpa menganggu panggilan.
Tapak sel biasa berkuasa rendah (seringkali hanya pemancar radio satu atau dua watt) yang memancar kehadirannya dan menyampaikan perhubungan antara set telefon bimbit dan suis. Suis itu kemudiannya menyambung panggilan kepada pelanggan pembekal khidmat tanpa wayar atau kepada Jaringan Telefon Awam -PSTN, yang termasuk jaringan pembekal tanpa wayar yang lain. Kebanyakan tapak ini disamarkan bagi bersatu dengan persekeliling, terutama di kawasan desa.
Jaringan generasi ke tiga (3G), yang sedang dilaksanakan, bermula di Jepun pada 2001. Ia digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas tambahan kepada perkhidmatan suara dan termasuk W-CDMA (dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications System - UMTS), dan CDMA2000 EV-DO.
Cina pula melancarkan teknologi generasi pada piwaian TD-SCDMA. Pengendali menggunakan campuran jalur frekuensi yang telah ditetapkan oleh keperluan jaringan dan peraturan tempatan.
Sebagai usaha bagi menghadkan kerosakan memiliki pemancar hampir dengan tubuh pengguna, telefon selular pertama memiliki pemancar antenna berasingan pada kenderaan, dan set tangan (dikenali sebagai “telefon kereta” dan “telefon bag”) dihadkan pada maksima 3 watts Kuasa Pemancar Berkesan (‘’Effective Radiated Power’’). Telefon sel moden yang mempunyai antenna yang dipegang beberapa inci dari kepala dihadkan pada kuasa pemancer 0.6 watt ERP. Walauapapun potensi kesan biologi, jarak pemancar dikurangkan bagi telefon moden menghadkan kegunaannyai luar bandar berbanding telefon kereta/telefon bag, dan telefon bimbit memerlukan menara sel dipasang lebih berdekatan bagi menangani kekurangan kuasa pemancar.
Sesetengah telefon bimbit termasuk port antenna tambahan pada belakang telefon, yang membenarkannya disambung kepada antenna luaran besar dan penguat selular 3 watt. Selain itu di kawasan penerimaan tepi, pengulang selular mungkin digunakan, yang menggunakan cakera antenna penerima tinggi jarak jauh atau antenna yagi bagi berhubung dengan menara sel melebihi julat biasa, dan pengulang bagi menyiarkan semula pada antenna kecil jarak dekat yang membenarkan telefon sel dalam beberapa meter untuk berfungsi dengan baik.
Set Tangan
Nokia masa kini merupakan pengeluar telefon bimbit terbesar, dengan menguasai sekitar 40% bahagian pasaran dunia pada 2008. Pengilang telefon bimbit utama yang lain termasuk Samsung (14%), Motorola (14%), Sony Ericsson (9%) dan LG (7%). Pengilang ini menguasai lebih 80% kesemua telefon bimbit yang dijual dan menghasilkan telefon bagi jualan di kebanyakan negeri.
Pengilang lain termasuk Apple Inc., Audiovox (kini UTStarcom), Benefon, BenQ-Siemens, CECT, High Tech Computer Corporation (HTC), Fujitsu, Kyocera, Mitsubishi Electric, NEC Corporation, Neonode, Panasonic (Matsushita Electric), Pantech Curitel, Philips, Research In Motion, SAGEM Communication, Sanyo, Sharp Corporation, Siemens AG, Sendo, Sierra Wireless, SK Teletech, Sonim Technologies, TCL Corporation /T&A Alcatel, Huawei, Trium dan Toshiba. Ini juga merupakan system perhubungan pakar yang berkait dengan (tetapi berasingan dari) telefon bimbit.
Terdapat beberapa kategori telefon bimbit dari telefon asas hingga telefon banyak ciri seperti telefon muzik dan telefon kamera, hingga telefon pintar. Telefon pintar pertama merupakan Nokia 9000 Communicator pada 1996 yang memasukkan fungsi PDA pada telefon bimbit asas masa itu. Ketika pengecilan dan peningkatan kuasa pemprosesan cip mikro telah membolehkan semakin banyak cirri ditambah kepada telefon, konsep telefon pintar telah berubah, dan apa yang dianggap telefon pintar tahap tinggi lima tahun dahulu, merupakan telefon piwaian masa kini. Beberapa siri telefon telah diperkenalkan bagi menangani segmen pasaran tertentu, seperti RIM Blackberry mensasar keperluan surat-e bagi pengguna enterprise/korporate; siri SonyEricsson Walkman bagi telefon muzik dan siri Cybershot telefon kamera; dan Nokia N-Series bagi telefon multimedia. Apple iPhone merupakan satu contoh lain bagi telefon pintar multi media.
Telefon bimbit sering memiliki ciri-ciri yang lebih dari sekadar menghantar pesanan teks dan membuat panggilan suara, seperti melayari Internet, memainkan muzik (MP3), merakan memo, fungsi pengurus persendirian, surat-e, pesanan segera, kamera dan perakam video bina dalam, nada tone, permainan, radio, Push-to-Talk (PTT), sambungan infra dan Bluetooth, daftar pemanggil, keupayaan menonton aliran video atau turun terima video untuk dilihat kemudian, panggilan video dan bertindak sebagai modem tanpa wayar bagi Komputer, dan tidak lama lagi bertindak sebagai konsole bagi permainan di talian dan permainan berkualiti tinggi yang lain. Jumlah keseluruhan perkhidmatan data mudah alih melebihi jumlah dibayar bagi perkhidmatan berbayar Internet, dan bernilai 31 bilion dolar pada 2006 (sumber Informa). Kategori terbesar perkhidmatan mudah alih adalah muzik, pindah terima gambar, permainan video, hiburan dewasa, judi, video/TV.
Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara. Di EU "komunikase semua telefon bimbit adalah direkod". Di negara lain, bukti mengenai lokasi fizikal seseorang pada masa yang tertentu telah diperkenalkan dengan triangulating telefon bimbit seseorang antara beberapa menara telefon sel. Teknik triangulation ini boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu. Kerisauan tentang pengganas dan kegunaan teknologi oleh pengganas teleh mendorong pertanyaan oleh (British House of Commons) Home Affairs Select Committee mengenai bukti dari peranti telefon bimbit, mendorong kepada pakar forsenik telefon bimbit terkemuka untuk mengenal pasti teknik frsenik yang boleh guna bagi bahagian ini. NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedure bagi pengekalan, penerimaan, pemeriksaan, analisa dan lapuran berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101.
Di UK pada tahun 2000 ia telah didakwa bahawa bahawa rakaman panggilan telefon bimbit yang dilakukan pada hari pengeboman Omaha adalah penting bagi penyiasiatan polis. Terutamanya adalah panggilan yang dilakukan pada dua telefon bimbit yang dijejak dari selatan sempadan Irish hingga ke Omagh dan balik semula pada hari pengeboman dianggap penting.
Contoh lanjut mengenai penyiasatan jenayah menggunakan telefon bimbit adalah mengenal pasti kedudukan awal dan pengenalan akhir pengeboman kereta api Madrid 2004.. Dalam serangan itu, telefon bimbit telah digunakan bagi meletupkan bom. Bagaimanapun satu dari bom tersebut gagal meletup dan kad SIM (Subscriber Identity Module) dalam telefon bimbit memberikan petunjuk penting mengenai pengganas kepada penyiasat. Dengan menjejak kedudukan kad SIM dan menghubung kait dengan telefo bimbit lain yang telah didaftar dikawasan tersebut, polis mampu menjejak pengganas.
Tindakbalas semasa berlaku bencana
Kerajaan Finland memutuskan pada 2005 bahawa cara terpantas bagi memberi amaran kepada rakyat mengenai amaran bencana adalah melalui jaringan telefon bimbit. Di Jepun, syarikat telefon bimbit memberikan amaran segera berkenaan gempa bumi dan bencana alam lainnya kepada pelanggan mereka secara percuma. Dalam kejadian bencana, krew tindakan bencana boleh memastikan orang yang terperangkap dan tercedera melalui isyarat dari telefon bimbit mereka. Menu berinteraksi yang boleh dicapai mealui pelayar Web telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya.
Di Finland perkhidmatan penyelamat mencadangkan pengembara agar membawa telefon mobil dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesyen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas. Juga, pengguna di Amerka Syarikat boleh melanggan melalui pembekal perkhidmatan mereka perkhidmatan teks percuma apabila Amaran AMBER dikeluarkan di kawasan mereka.
Bagaimana, kebanyakan jaringan telefon bimbit beroperasi hampir sepenuh kapasiti semasa masa normal, dan peningkatan dalam jumlah panggilan yang disebabkan oleh bencana luas seringkali menengelamkan system ketika ia amat-amat diperlukan. Contoh yang dilaporkan dalam media bilamana perkasa sebegini berlaku adalah semasa serangan 11 September 2001, gempabumi Hawai, gangguan kuasa Northeast 2003, pengeboman London Tube 2005, Hurikane Katrina, dan keruntuhan jambatan Minnesota 2007. Dengan itu telefon bimbit lebih sesuai bagi kecermasan terpencil seperti kemalangan senjata.
Formula Satu
Siri Formula Satu berasaskan lumba kereta Grand Prix Eropah pada tahun 1920-an dan 1930-an. "Formula" tersebut ialah satu set peraturan yang perlu dipatuhi kesemua peserta. F1 merupakan formula baru yang dipersetujui setelah Perang Dunia Kedua pada tahun 1946, iaitu tahun ketika perlumbaan bukan kejohanan dilangsungkan. Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix telah merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum perang, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947. Perlumbaan kejohanan dunia pertama diadakan diSilverstone, United Kingdom pada tahun 1950. Satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958. Kejohanan negara wujud di Afrika Selatan dan UK pada 1960-an dan 1970-an. Perlumbaan F1 bukan kejohanan dilangungkan selama beberapa tahun, namun oleh sebab kos penganjuran yang makin tinggi, perlumbaan sedemikian yang terakhir diadakan pada 1983. Gelaran sukan ini, Formula Satu, menandakan bahawa sukan ini dihendakkan menjadi formula perlumbaan yang paling canggih dan kompetitif.
Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai oleh Giuseppe Farina dari Itali dengan kereta Alfa Romeonya pada tahun 1950, dengan menang tipis atas rakan sepasukannya dari Argentina Juan Manuel Fangio. Namun begitu, Fangio merangkul gelaran juara pada musim-musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957, manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada thaun 1952 dan 1953. Meskipun Stirling Moss dari UK mampu bertanding dengan kerap, beliau tidak pernah mampu menjuarai Kejohanan Dunia, maka kini banyak dianggap sebagai pemandu terhebat yang tidak pernah merangkul gelaran itu. Sementara itu, Fangio dikenang kerana mendominasi dekad pertama F1 maka sekian lama dipandang sebagai "grand master" F1. Zaman ini didominasi oleh pasukan-pasukan yang dikendali oleh pembuat kereta jalanan - Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes Benz dan Maserati - keempat-empatnya pernah bertanding sebelum tercetusnya perang. Musim-musim terawal menyaksikan penggunaan kereta yang dibangunkan sebelum zaman perang seperti Alfa Romeo 158. Kereta-kereta ini berenjin di bahagian hadapan, dengan tayar berjejak nipis dan enjin meruap 1.5 liter atau enjin beraspirasi biasa 4.5 liter. Kejohanan dunia 1952 dan 1953 diadili meenurut peraturan Formula Dua, lalu menyaksikan kereta yang lebih kecil dan kurang kuasanya, atas sebab kebimbangan mengenai bilangan kereta Formula Satu yang ada. Apabila Formula Satu yang baru, demgan enjin-enjin yang terhad kepada 2.5 liter, dipulihkan dalam kejohanan dunia pada tahun 1954, Mercedes-Benz memperkenalkan W196 yang canggih, yang bercirikan inovasi seperti injap desmodromik dan suntikan bahan api serta juga pembuatan badan yang diperkemas dan terlitup. Mercedes memenangi kejohanan pemandu selama dua tahun, sebelum menarik diri daripada semua sukan bermotor akibat Bencana Le Mans 1955.
Tanpa disangka-sangka, Michael Schumacher dan Ferrari bersama-sama memenangi lima kejuaraan pemandu dan enam kejuaraan pengeluar berturut-turut antara 1999 hingga 2004. Schumacher telah mencatat banyak rekod baru, termasuk jumlah kemenangan Grand Prix terbanyak (91), kemenangan terbanyak dalam semusim (13 daripada 18), dan kejuaraan pemandu terbanyak (7).[5] Tuah Schumacher berakhir pada 25 September 2005 apabila pemandu Renault Fernando Alonso menjadi juara Formula Satu termuda. Pada tahun 2005 dan 2006, Renault dan Alonso merangkul kejuaraan pemandu dan pengeluar selama dua tahun berturut-turut. Schumacher bersara pada akhir musim 2006, setelah 16 tahun berkecimpung dalam Formula Satu.
Sepanjang tempoh ini peraturan kejohanan seringkali diubah oleh FIA yang bertujuan meningkatkan aksi atas litar dan menurunkan kos.[6] Arahan pasukanyang dibenarkan sejak kejohanan bermula pada tahun 1950, diharamkan pada tahun 2002 setelah berlakunya beberapa kejadian di mana pasukan-pasukan memanipulasi keputusan perlumbaan secara terbuka, lalu menarik publisiti negatif, terutamanya yang dilakukan oleh Ferrari sewaktu Grand Prix Austria 2002. Perubahan-perubahan lain termasuk format kelayakan, sistem pungutan mata, peraturan teknikal yang menentukan berapa lama enjin dan tayar perlu bertahan.
Satu 'perang tayar' yang meletus antara pembekal Michelin dan Bridgestone menyaksikan masa pusingan jatuh, meskipun semasaGrand Prix Amerika Syarikat 2005 di Indianapolis tujuh daripada sepuluh pasukan tidak berlumba setelah tayar Michelin yang digunakan didapati tidak selamat digunakan. Pada akhir musim 2006 Max Moseley menggariskan masa depan yang lebih ‘mesra alam’ bagi Formula Satu, yang mana penggunaan tenaga yang cekap akan menjadi faktor penting.[7] Dan perang tayar telah berakhir, apabila Bridgestone menjadi pembekal tayar tunggal untuk Formula Satu untuk musim 2007.
Sejak tahun 1983, Formula Satu telah didominasi oleh pasukan pakar perlumbaan seperti Williams, McLaren dan Benetton yang menggunakan enjin yang dibekal oleh pengeluar kereta besar seperti Honda, Renault dan Ford. Bermula pada 2000 dengan penciptaan Ford pasukan Jaguar yang sebahagian besar gagal, pasukan-pasukan baru dimiliki pengeluar menyertai Formula Satu buat kali pertama sejak pemergian Alfa Romeo dan Renault pada hujung 1985. Pada tahun 2006, pasukan pengeluar – Renault, BMW, Toyota, Honda dan Ferrari – mendominasi kejuaraan dengan merangkul lima daripada enam tempat teratas dalam kejuaraan pengeluar kereta. Pengecualian tunggal itu adalah McLaren yang sebahagiannya dimiliki oleh Mercedes Benz. MelaluiGrand Prix Manufacturers Association (GPMA) mereka berunding keuntungan komersil Formula Satu yang lebih besar dan hak untuk memberi pandangan mengenai hal pengendalian sukan ini.
Grand Prix
Bilangan Grand Prix yang diadakan dalam satu musim banyak berubah dari tahun ke tahun. Hanya tujuh perlumbaan membentuk musim julung pada 1950; selama bertahun-tahun saiz kalendar penganjurannya berganda tiga kali. Walaupun bilangan perlumbaan kekal pada enam belas atau tujuh belas sejak 1980-an, mencecah 19 perlumbaan pada 2005.
Enam daripada tujuh perlumbaan original diadakan di Eropah; cuma satu perlumbaan bukan-Eropah yang d Kejuaraan Dunia dalam 1950 iaitu Indianapolis 500, dimana disebabkan oleh kurang penyertaan dari pasukan F1, since it required cars with spesifikasi berlainan daripada perlumbaan lain, adalah diganti dengan Grand Prix Amerika Syarikat.
Nuklear Malaysia
.jpg)
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) atau dulunya Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dipertanggungjawabkan menyelidik teknologi nuklear dan teknologiyang berkaitan dengannya di Malaysia. Di antara aktiviti utama Nuklear Malaysia ialah penyelidikan dan pembangunan teknologi, khidmat teknikal, pembangunan tenaga manusia dan hubungan luar.
Tenaga pakar Nuklear Malaysia bergabung dengan tenaga pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membangunkan teknologi radioaktif, tenaga nuklear, bioteknologi dan penyelidikan tisu kultur benih-benih pokok bermutu.
Semua kemudahan, makmal dan pejabat Nuklear Malaysia terletak di dua kompleks utama: Kompleks MINT Bangi dan Kompleks MINT Jalan Dengkil. Kompleks MINT Bangi, dalam Daerah Hulu Langat adalah seluas kira-kira 66 ekar manakala Kompleks MINT Jalan Dengkil, dalam Daerah Sepang adalah seluas kira-kira 206 ekar.
Nuklear Malaysia mempunyai satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia, Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Ia mula digunakan pada 1982. Seperti reaktor TRIGA lain, ia cuma digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan pendidikan.
Sejarah
Nuklear Malaysia ditubuhkan pada 1972 sebagai Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Dr Ismail (PUSPATI). Kemudian pada 1983 ia dinamakan Unit Tenaga Nuklear (UTN) apabila ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kemudian selepas dipindahkan ke bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Oktober 1990. Pada 10 Ogos 1994, barulah ia bergelar Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Pada 28 September 2006, MINT sekali lagi diberi identiti baru sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) sehingga sekarang.
Thursday, 23 January 2014
Kelantan Darul Naim
Kelantan
Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.
Sejarah
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdaganganyang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
Budaya
Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala (Jala), Narathiwat (Menara), Patani dan Songkla (Senggora).
Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu.
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri kelantan.Sekarang masyrakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu.Di samping itu nasi kerabu juga popular di negeri kelantan , hanya masyarakat kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap.Terdapat macam-macam makanan yang sedap-sedap dinegeri kelantan.
Bahasa
Penduduk di Kelantan kebanyakan menggunakan bahasa Melayu Kelantan, bahasa ini merupakan loghat dari bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganutetapi digunakan sehingga di Besut dan Setiu, Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)
.jpg)




.jpg)
.jpg)