Welcome!

Thursday, 23 January 2014

Menjaga Kesihatan

Sememangnya kita semua tahu menjaga kesihatan diri itu amat penting. Tetapi motivasi diri untuk bersenam adalah hak individu. Ia bergantung kepada pelbagai aspek seperti gaya hidup, pekerjaan, umur dan lain-lain. Tanpa motivasi yang berkesan, program kecergasan dan nutrisi anda tidak akan kekal lama. Mari kita lihat faedah yang biasa apabila kita cergas:

1. Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.

2. Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.

3. Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.

4. Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.

5. Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.

6. Melegakan tekanan: Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.

7. Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.

8. Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina.

9. Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun

Tips Berjaya Dalam Temuduga

Ramai yang bertanya mengenai temuduga dan apakah tips untuk berjaya dalam temuduga. Jadi hari ini dikongsikan kepada anda antara tips untuk temuduga:

 • 1. Sedikit info tentang Jawatan/Syarikat yang dipohon

Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu membuat kajian tentang jawatan yang anda pohon. Antara kegagalan calon ialah tidak tahu skop jawatan yang dipohon. Jika anda memohon kerja di syarikat swasta, jangan lupa buat sedikit kajian tentang syarikat juga supaya anda mendapat gambaran umum tentang syarikat. Dengan melakukan perkara ini, ia akan meningkatkan kredibiliti anda kepada penemuduga dan membantu anda mencipta soalan-solan yang boleh ditanya kepada penemuduga.

2. Tahu Di Mana Lokasi tempat temuduga

Pastikan anda tahu lokasi tempat temuduga tersebut dan bagaimana anda boleh ke sana. Berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke sana? Adakah anda tahu nombor telefon dan dengan siapa anda akan berjumpa? Bagaimana dengan tempat letak kenderaan? Dengan mengetahui perkara ini anda boleh menjimatkan masa anda dan mengelakkan tekanan yang mungkin anda hadapi jika tercari-cari tempat tersebut ketika hari temuduga nanti.

• 3. Pakaian

Pakaian anda haruslah kemas, menarik dan kelihatan profesional. Walaupun anda tidak begitu arif tentang budaya syarikat, adalah lebih selamat jika anda mengenakan pakaian yang agak konservatif. Sekiranya ketika anda datang nanti semua orang disitu memakai seluar jeans dan t-shirt sahaja, anda tetap akan nampak lebih baik jika datang dengan pakaian yang kemas. Namun, sekiranya anda sudah tahu tentang budaya syarikat, tidak salah untuk anda berpakaian sedemikian. Selain itu, pastikan rambut anda disikat dengan kemas dan rapi dan kuku anda dipotong dan dijaga dengan baik.

• 4. Temuduga Olok-olok

Pastikan anda bersedia dengan soalan-soalan yang biasa ditanya ketika temuduga seperti “What are your strengths and weaknesses?” (Apakah kekuatan dan kelemahan anda?), “Why do you want to work here?” (Kenapa anda ingin bekerja di sini), “Why should we hire you?” (Kenapa kami harus menerima anda bekerja), dan soalan paling popular iaitu “Tell me about yourself” (Beritahu saya tentang diri anda). Buat satu temuduga olok-olok bersama dengan rakan anda untuk bersoal jawab tentang soalan-soalan ini.

• 5. Dapatkan Rujukan Yang Membantu

Dapatkan sekurang-kurangnya tiga orang rujukan – bekas majikan, rakan sejawat, pensyarah - yang sanggup menjadi rujukan profesional anda. Pastikan anda mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Lebih penting lagi mereka mampu untuk bercakap tentang diri anda jika dihubungi oleh bakal majikan anda nanti.

• 7. Bawa Dokumen Yang Diperlukan

Buat satu senarai dokumen-dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Dokumen ini termasuklah salinan resume anda, kad pengenalan, sijil-sijil yang berkaitan. Kemudian, susun dokumen ini dengan baik. Pastikan susunan salinan fotokopi sama dengan susunan salinan asal. Ini bagi memudahkan penemuduga membuat rujukan. Jika anda graduan baharu, jangan lupa bawa kesemua transkrip pengajian anda. • 8. Jual Diri Anda! Sesi temuduga ialah peluang untuk anda menyinar. Ia bukan masa untuk merendah diri. Bina satu pernyataan ‘Mengapa anda?’. Anda perlu memasukkan kekuatan-kekuatan anda, kebolehan yang anda miliki dan keunikan anda berbanding calon lain.

• 9. Bertanyakan Soalan

Penemuduga akan tertarik dengan calon yang menunjukkan mereka mengetahui banyak perkara tentang syarikat. Oleh itu, berdasarkan kajian anda sebelum menghadiri temuduga, sediakan soalan untuk ditanya kepada penemuduga. Antara soalan yang boleh anda tanya ialah sejauah mana jawatan itu memberi kesan kepada matlamat dan rancangan syarikat di masa hadapan. • 10. Tindakan Susulan Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara penting yang anda perlu anda lakukan ialah menghantar satu email penghargaan atas masa yang diluangkan serta pertimbangan yang mereka lakukan. Nyatakan juga anda sangat berminat dengan jawatan tersebut serta akan komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih tidak menerima apa-apa berita daripada penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi mereka semula. Tanya dengan baik bilakah mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga yang anda hadiri.
 
• 10. Tindakan Susulan

Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara penting yang anda perlu anda lakukan ialah menghantar satu email penghargaan atas masa yang diluangkan serta pertimbangan yang mereka lakukan. Nyatakan juga anda sangat berminat dengan jawatan tersebut serta akan komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih tidak menerima apa-apa berita daripada penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi mereka semula. Tanya dengan baik bilakah mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga yang anda hadiri.

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberikan anda sedikit momentum gerak atur yang baik untuk ke sesi temuduga kerja anda.

.

Saturday, 18 January 2014

10 Pekerjaan Yang Menawarkan gaji Tertinggi di Malaysia


Berikut adalah 10 Pekerjaan Yang Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia. Sebagai panduan pencari kerja di luar sana...

Screenshot_67.png (356×460)

Bola Sepak

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia. Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Federation International Football Association). Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan. Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap 4 (empat) tahun sekali.
 


Sejarah.

 Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini. Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah: pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh. pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal. penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol. Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu. Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1. Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.


Cara permainan.



Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.


Kejohanan antarabangsa.


Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Maklum, Piala Dunia FIFA diadakan setiap-tiap empat tahun sekali dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, terakhir juara 2002. Pertandingan antarabangsa tertua di dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Maklum, Copa América diadakan setiap - tiap dua tahun sekali dan bermula di Argentina pada 1916.

   


Bola sepak di Malaysia.

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan ditubuhkannya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong 1935 - 1937. Sejak ketika itu, aktifiti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang rupa - rupanya memperhaibatkan dunia bola sepak di Malaysia. Selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, dua puluh tahun selepas itu, banyak pemain - pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia, bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.


Belajar & Bekerja

Belajar sambil bekerja bukanlah semudah yang di sangka, selain perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian. mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika, mereka perlu mengenepikan soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. Disini ada penduan untuk di kongsi bersama:-

1. Rancang kerja anda sebaiknya (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah di lihat.

2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

3. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja. beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

5. Sentiasa ingatkan diri anda matlamat sebanar anda, menyambung semula pengajian. jika anda sambil lewa terhadap pengajian ia boleh menjejaskan masa depan anda selain merugikan masa, wang dan tenaga.

6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda, menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu

7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

8. Wujudkan tempat bekerja yang selesa, Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pangajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda.

9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda.

Friday, 17 January 2014

Kepimpinan Contoh

Untuk coretan pada kali ini ingin saya menyentuh sedikit tentang kepimpinan. Mutakhir ini saya acapkali mendengar pemimpin-peminmpin negara kita dalam membuat kenyataan di media-media. Apa yang ingin saya sentuh adalah kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin itu sendiri. Kadang-kadang kenyataan tersebut saya fikir tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang bijak pandai. Dan kadang-kadang juga saya berfikir, kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan sebagai taraf rakyat kebanyakan ini seolah-olah tiada ilmu dan cetek pemikiran. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai apatah lagi untuk memberi komen tentang seseorang pemimpin, tetapi membuat saya berfikir dengan akal dan fikiran yang munasabah. Jadi, ingin saya kongsikan kisah pemimpin Islam yang wajib dicontohi.

Mungkin ada sebahagian daripada kita pernah mendengar kisah tentang Sultan Muhammad al-Fateh. Dan mungkin juga tidak pernah tahu siapa pemimpin tersebut. Dirinya diisyaratkan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis. Nabi s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq bersabda: “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad). Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah dia Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? Siapakah gerangannya dia Muhammad Al-Fateh? Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi.

Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE.

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak.

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung.

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota.

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin.

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar

Penawanan Constantinople.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople.

Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

Sejarah Internet

Internet kini seakan sudah menjadi kehidupan kedua bagi kebanyakan orang. Melalui internet kita akan dengan mudah mendapatkan berbagai informasi terkini dari seluruh negara. Melalui internet juga kita akan mudah berinteraksi dengan seluruh pengguna internet dari seluruh negara. Setiap hari pengguna internet yang aktif sudah hampir seluruh orang di seluruh dunia, sebab internet digunakan saat bekerja atau untuk apa sahaja kegiatan. Meskipun hampir seluruh orang menggunakan internet setiap hari, mungkin sebagian besar tidak mengetahui mengenai Sejarah Internet, siapakah yang menemukan internet pertama kali dan dimana pertama kali internet digunakan. Untuk menambah wawasan kita semua, ada baiknya kita mengetahui sejarah dan perkembangan internet di seluruh dunia. Jadi kita tidak hanya menggunakan internet, namun pula mengetahui tentang sejarah internet itu sendiri. Internet pertama kali dikembangkan pada tahun 1969 oleh Jabatan Pertahanan Amerika Serikat melalui sebuah projek yang disebut ARPANET (Advanced Research Project Agency Network). Pada awalnya internet digunakan untuk kepentingan pertahanan AS dalam mencegah masalah komunikasi antara kelompok dalam jarak jauh dengan menggunakan jaringan telepon. Pada ketika itu telah banyak dibuat jaringan komputer yang disebar dan dihubungkan pada daerah-daerah vital dan manfaat internet ini juga untuk mengantisipasi bila terjadinya serangan nuklear.
Di tahun 1970, lebih dari 10 komputer yang telah berhasil dihubungkan sehingga mereka dapat berkomunikasi dan membentuk sebuah jaringan. Seterusnya pada tahun 1972, Roy Tomlinson berhasil menyempurnakan program e-mail yang dia ciptakan untuk ARPANET. Program e-mail ini begitu mudah sehingga menjadi popular dan icon @ juga diperkenalkan di tahun yang sama sebagai lambang penting yang menunjukan “at” atau “pada”. Pada tahun 1973, jaringan ARPANET mulai dikembangkan ke luar dari Amerika Syarikat dan komputer University College di London menjadi komputer pertama yang ada di luar Amerika yang menjadi anggota jaringan Arpanet. Dua ahli komputer, Vinton Cerf dan Bob Kahn menunjukkan sebuah gagasan yang lebih besar, yang menjadi bakal sejarah internet dan pertama kalinya. Kemudian pada tanggal 26 Mac 1976, menjadi hari yang bersejarah ketika Ratu Inggris berjaya mengirimkan e-mail dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, sudah lebih dari 100 komputer yang bergabung dengan ARPANET dan membentuk sebuah jaringan atau network. Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin menciptakan newsgroup pertama yang diberi nama USENET. Lalu pada tahun 1981 France Telecom menciptakan gebrakan dengan melancarkan telefon televisyen pertama, untuk memudahkan orang-orang saling berhubungan dengan video link.
Kemudian pada tahun 1990 merupakan tahun paling bersejarah, ketika Tim Berners Lee menjumpai program editor dan browser yang dapat menjelajah antara satu komputer dengan komputer lain, yang membentuk jaringan itu. Program inilah yang akhirnya diberi nama www atau Worl Wide Web. Pada tahun 1992, komputer yang saling tersambung membentuk jaringan sudah lebih dari sejuta komputer dan muncul istilah baru, iaitu surfing the internet. Dan pada tahun 1994, internet sudah muncul menjadi 3000 alamat halaman, serta untuk pertama kalinya virtual-shopping atau e-retail muncul di internet.
Dunia seterusnya berubah, yang mana pada tahun 1994 lah Yahoo! akhirnya di dirikan yang sekaligus menjadi kelahiran Netscape Navigator 1.0. Itulah Sejarah Internet yang saat ini sedang anda gunakan untuk menjelajahi internet dari komputer anda untuk berinteraksi dengan pengguna internet di komputer lainnya. Sejarah dan perkembangan internet itulah yang menerbitkan suatu alat komunikasi canggih yang hingga saat ini dan mungkin tidak keterlaluan sekiranya ada sebahagian orang merasakan bahawa hidup tidak lengkap sekiranya tiada internet. Semoga ulasan Sejarah Internet diatas dapat bermanfaat dan menambah wawasan anda.