Welcome!

Saturday, 25 January 2014

Perilaku Rasulullah S.A.W

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’. 

1. Senyuman 

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi). 

2. Dahulukan Kanan 

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim). 

3. Berpakaian 

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).

4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud). 

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.). 

6. Makan 

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad). 

7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh). 

8. Bersilaturrahim 

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah). 

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim). 

10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim). 

11. Tertawa 

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi ). 

12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad). 

13. Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad). 

14. Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i).

15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)


 والله أعلم بالصواب (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

10 Sikap Orang Jepun Yang Boleh Dicontohi

1. Orang Jepun sangat menepati waktu dan janji. Ini perkara yang paling ketara waktu aku ada kat Jepun. Kalau orang Jepun dah berjanji jumpa pukul 7 pagi tu, memang tepat pukul 7 pagi dia ada duduk 'cokoh' tunggu diriku dekat lobi hotel. Kalau kat Malaysia senang jer. Kalau janji pukul 7 pagi, ko tambah jer 30 minit atau sejam, tentu tak lari jauh. Padahal menghargai waktu itu adalah ajaran Islam. Demi MASA! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) (Al-ASr 103:1-3) Allah telah bersumpah dengan masa. Kalau Allah dah bersumpah tu, menunjukkan masa itu satu perkara yang besar / hebat / penting samalah dengan 'demi MATAHARI', 'demi BULAN', 'demi BINTANG' dsb.

2. Orang Jepun sangat pembersih. Inipun ajaran Islam. Maksud hadis: ”Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman”. (HR. Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi). Pelik ya kenapa orang Jepun lebih 'Islamik' daripada orang Malaysia.

3. Orang Jepun selalu kata Hai. Sebagai contoh, kalau ditanya 'Ogengkideska (apa khabar)?' Mereka akan menjawab 'Hai (ya) Watashiwa gengkides (saya sihat)' Jadi perkataan Hai (ya) ni dah jadi sebati dengan mulut diaorang. Oleh itu, kita hendaklah mencontohi orang Jepun. Sekiranya anda berjumpa kawan, sapalah Hai. Contohnya Hai Fatin Liyana. Hai Fatin Suhana. Hai Annas Easkey.

4. Orang Jepun sangat menghormati orang lain. Sebenarnya cara asal orang Jepun menyapa kawannya ialah dengan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Bukan senang nak hormatkan orang sampai begitu sekali. Tak kiralah besar manapun pangkat kau kat dunia ni, semuanya adalah kurniaan dari ALLAH.

5. Orang Jepun sangat berdisiplin. Ini satu perkara yang aku perasan. Tak kira kerja apa yang diaorang buat diaorang sangat teliti, ada sistem, tersusun, teratur, berjadual, rapi dsb. Tak hairanlah diaorang mampu bangunkan negara diaorang dalam masa yang sangat singkat setelah perang dunia kedua. Mungkin sebab adanya kesusahan perang itu menjadikan rakyat Jepun lebih kuat dan hebat.

6. Orang Jepun sangat mementingkan persahabatan. Bagi orang Jepun, persahabatan adalah satu perkara yang number 1. Mereka amat mengambil berat terhadap sahabat masing2. Kalau ada sahabat diaorang yang takder duit, diaorang bagi hutang. Kalau ada sahabat diaorang yang kelaparan, diberinya makan. Kalau ada sahabat diaorang yang memerlukan bantuan, diberinya bantuan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memerlukan sahabat yang sentiasa menolongnya dalam perjuangan dakwah Islamiah, apatah lagi kita. Orang Jepun mempunyai panggilan khas untuk sahabat yang bersama ketika susah dan senang ini, dipanggil Nakama. Sedangkan kawan dipanggil Tomodachi. Aku ingin mencari Rakan Seperjuangan, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku. Semoga Allah menunjukkan kepadaku: Rakan Seperjuanganku, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku.

7. Orang Jepun sangat kemas. Ini kerana mereka mengamalkan 5S. 5S tu ialah seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke. Kalau dalam bahasa omputehnya: sorting, straightening, systematic cleaning, standardizing, and sustaining. Nak tahu lebih lanjut pasal 5S sila klik kat sini. 5S ni kalau dalam bahasa melayu: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik. Yang ni pulak aku cipta: Sila Susun Selepas (engkau buat) Semak dan (engkau buat) Sampah.

8. Orang Jepun suka bangun pada awal pagi. Ini yang aku pelik bin ajaib. Sepatutnya rakyat Malaysialah yang suka bangun awal pagi, sebab rakyat Malaysia kena sembahyang Subuh. Ini terbalik pulak. Aku dah tanya orang Jepun ni, rata-rata diaorang akan bangun sekitar pukul 5-6 pagi. Huh, kalau rakyat Malaysia, waktu tu la paling sedap nak berdengkur. Cuba la bawak bangun awal sikit, sebelum Subuh ke. Lepas tu buat Tahajud 2-3 round ker, baru la cantik amalan.

9. Orang Jepun suka mandi air panas. Ha, ini adalah salah satu rahsia kenapa kulit awek Jepun sangat cantik dan comel. Kalau korang nak tahu, dalam air panas semulajadi tu ada Sulphur. Air panas semulajadi ni bersifat Asid. Ianya amat sesuai untuk kulit. Ini terbalik dengan air yang kita minum. Air yang paling baik untuk diminum ialah air yang bersifat alkali. Cepat la awek2 malaysia pergi mandi air panas kat Malaysia, tak kira la kat kolam air panas bemban ke, Sg. Serai ke, Selayang ke, Labis ke, barulah kulit korang jadi putih berseri macam awek Jepun.

10. Orang Jepun sangat sukakan bulan. Hah, ini tak dapat disangkal lagi. Cuba tengok flag Jepun camner. Apa salahnya menyukai bulan. Bulan itu diciptakan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan tarikh dan waktu kepada umat Islam melalui kalendar Islam dan perubahan bentuk bulan. Bulan juga mempunyai fungsi menghasilkan air pasang dan surut. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah menciptakan bulan. Aku juga selalu pandang ke langit, melihat bulan lalu kuucapkan Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT yang telah menciptakan bulan.

Sedekah

Aku

Telefon Mudah Alih

Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambardan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).  

Menyeluruh 

Menurut memo dalaman, ‘’American Telephone & Telegraph’’ berbincang bagi membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkhidmatan berwayar di Amerika Syarikat. Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah.3 bilion, atau separuh dari populasi manusia (sungguhpun sesetengah pengguna memiliki langgan berganda, atau langganan tidak aktif), yang turut menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan dan peranti eletronik biasa di dunia. Terdapat juga kajian mengenai faktor penerimaan perkhidmatan telefon mudah alih. Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan. Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan! Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan. Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel. Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan. Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya. Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara. Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang melibatkan telefon bimbit berkamera. Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan surat-e tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada 1996, dengan itu mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali sebagai telefon pintar. Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih pertama dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta orang seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau sekurang-kurangnya menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer. 

Sistem Selular

Telefon bimbit menghantar dan menerima isyarat radio dengan beberapa stesyen pengkalan tapak sel yang dilengkapi dengan radio gelombang mikro. Tapak ini biasanya dipasang pada menara, tiang atau bangunan, dan terletak di seluruh kawasan berpenduduk, kemudian dihubungkan kepada system suis dan jaringan komunikasi berkabel. Telefon memiliki pemancar berkuasa rendah yang memancar suara dan data kepada tapak sel terdekat, biasanya tidak lebih dari 8 hingga 13 km (sekitar 5 hingga 8 batu) berhampiran. Apabila telefon bimbit atau peranti data dipasang, ia mendaftar dengan Pusat Pertukaran Bergerak (‘’Mobile Switching Center’’), atau suis, dengan pengenalan uniknya, dan kemudian ia boleh diberitahu oleh suis boleh gerak apabila terdapat panggilan masuk. Telefon bimbit itu mendengar secara berterusan bagi isyarat terkuat di terima dari stesyen pengkalan sekeliling, dan mampu untuk bertukar dengan lancar antara tapak pemancar. Ketika pengguna bergerak dalam jaringan, peralihan dilakukan bagi membenarkan peranti beralih tapak tanpa menganggu panggilan. Tapak sel biasa berkuasa rendah (seringkali hanya pemancar radio satu atau dua watt) yang memancar kehadirannya dan menyampaikan perhubungan antara set telefon bimbit dan suis. Suis itu kemudiannya menyambung panggilan kepada pelanggan pembekal khidmat tanpa wayar atau kepada Jaringan Telefon Awam -PSTN, yang termasuk jaringan pembekal tanpa wayar yang lain. Kebanyakan tapak ini disamarkan bagi bersatu dengan persekeliling, terutama di kawasan desa. Jaringan generasi ke tiga (3G), yang sedang dilaksanakan, bermula di Jepun pada 2001. Ia digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas tambahan kepada perkhidmatan suara dan termasuk W-CDMA (dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications System - UMTS), dan CDMA2000 EV-DO. 

Cina pula melancarkan teknologi generasi pada piwaian TD-SCDMA. Pengendali menggunakan campuran jalur frekuensi yang telah ditetapkan oleh keperluan jaringan dan peraturan tempatan. Sebagai usaha bagi menghadkan kerosakan memiliki pemancar hampir dengan tubuh pengguna, telefon selular pertama memiliki pemancar antenna berasingan pada kenderaan, dan set tangan (dikenali sebagai “telefon kereta” dan “telefon bag”) dihadkan pada maksima 3 watts Kuasa Pemancar Berkesan (‘’Effective Radiated Power’’). Telefon sel moden yang mempunyai antenna yang dipegang beberapa inci dari kepala dihadkan pada kuasa pemancer 0.6 watt ERP. Walauapapun potensi kesan biologi, jarak pemancar dikurangkan bagi telefon moden menghadkan kegunaannyai luar bandar berbanding telefon kereta/telefon bag, dan telefon bimbit memerlukan menara sel dipasang lebih berdekatan bagi menangani kekurangan kuasa pemancar. Sesetengah telefon bimbit termasuk port antenna tambahan pada belakang telefon, yang membenarkannya disambung kepada antenna luaran besar dan penguat selular 3 watt. Selain itu di kawasan penerimaan tepi, pengulang selular mungkin digunakan, yang menggunakan cakera antenna penerima tinggi jarak jauh atau antenna yagi bagi berhubung dengan menara sel melebihi julat biasa, dan pengulang bagi menyiarkan semula pada antenna kecil jarak dekat yang membenarkan telefon sel dalam beberapa meter untuk berfungsi dengan baik. Set Tangan Nokia masa kini merupakan pengeluar telefon bimbit terbesar, dengan menguasai sekitar 40% bahagian pasaran dunia pada 2008. Pengilang telefon bimbit utama yang lain termasuk Samsung (14%), Motorola (14%), Sony Ericsson (9%) dan LG (7%). Pengilang ini menguasai lebih 80% kesemua telefon bimbit yang dijual dan menghasilkan telefon bagi jualan di kebanyakan negeri.
Pengilang lain termasuk Apple Inc., Audiovox (kini UTStarcom), Benefon, BenQ-Siemens, CECT, High Tech Computer Corporation (HTC), Fujitsu, Kyocera, Mitsubishi Electric, NEC Corporation, Neonode, Panasonic (Matsushita Electric), Pantech Curitel, Philips, Research In Motion, SAGEM Communication, Sanyo, Sharp Corporation, Siemens AG, Sendo, Sierra Wireless, SK Teletech, Sonim Technologies, TCL Corporation /T&A Alcatel, Huawei, Trium dan Toshiba. Ini juga merupakan system perhubungan pakar yang berkait dengan (tetapi berasingan dari) telefon bimbit. Terdapat beberapa kategori telefon bimbit dari telefon asas hingga telefon banyak ciri seperti telefon muzik dan telefon kamera, hingga telefon pintar. Telefon pintar pertama merupakan Nokia 9000 Communicator pada 1996 yang memasukkan fungsi PDA pada telefon bimbit asas masa itu. Ketika pengecilan dan peningkatan kuasa pemprosesan cip mikro telah membolehkan semakin banyak cirri ditambah kepada telefon, konsep telefon pintar telah berubah, dan apa yang dianggap telefon pintar tahap tinggi lima tahun dahulu, merupakan telefon piwaian masa kini. Beberapa siri telefon telah diperkenalkan bagi menangani segmen pasaran tertentu, seperti RIM Blackberry mensasar keperluan surat-e bagi pengguna enterprise/korporate; siri SonyEricsson Walkman bagi telefon muzik dan siri Cybershot telefon kamera; dan Nokia N-Series bagi telefon multimedia. Apple iPhone merupakan satu contoh lain bagi telefon pintar multi media. Telefon bimbit sering memiliki ciri-ciri yang lebih dari sekadar menghantar pesanan teks dan membuat panggilan suara, seperti melayari Internet, memainkan muzik (MP3), merakan memo, fungsi pengurus persendirian, surat-e, pesanan segera, kamera dan perakam video bina dalam, nada tone, permainan, radio, Push-to-Talk (PTT), sambungan infra dan Bluetooth, daftar pemanggil, keupayaan menonton aliran video atau turun terima video untuk dilihat kemudian, panggilan video dan bertindak sebagai modem tanpa wayar bagi Komputer, dan tidak lama lagi bertindak sebagai konsole bagi permainan di talian dan permainan berkualiti tinggi yang lain. Jumlah keseluruhan perkhidmatan data mudah alih melebihi jumlah dibayar bagi perkhidmatan berbayar Internet, dan bernilai 31 bilion dolar pada 2006 (sumber Informa). Kategori terbesar perkhidmatan mudah alih adalah muzik, pindah terima gambar, permainan video, hiburan dewasa, judi, video/TV. 

Penguatkuasaan Undang-undang Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara. Di EU "komunikase semua telefon bimbit adalah direkod". Di negara lain, bukti mengenai lokasi fizikal seseorang pada masa yang tertentu telah diperkenalkan dengan triangulating telefon bimbit seseorang antara beberapa menara telefon sel. Teknik triangulation ini boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu. Kerisauan tentang pengganas dan kegunaan teknologi oleh pengganas teleh mendorong pertanyaan oleh (British House of Commons) Home Affairs Select Committee mengenai bukti dari peranti telefon bimbit, mendorong kepada pakar forsenik telefon bimbit terkemuka untuk mengenal pasti teknik frsenik yang boleh guna bagi bahagian ini. NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedure bagi pengekalan, penerimaan, pemeriksaan, analisa dan lapuran berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101. Di UK pada tahun 2000 ia telah didakwa bahawa bahawa rakaman panggilan telefon bimbit yang dilakukan pada hari pengeboman Omaha adalah penting bagi penyiasiatan polis. Terutamanya adalah panggilan yang dilakukan pada dua telefon bimbit yang dijejak dari selatan sempadan Irish hingga ke Omagh dan balik semula pada hari pengeboman dianggap penting. Contoh lanjut mengenai penyiasatan jenayah menggunakan telefon bimbit adalah mengenal pasti kedudukan awal dan pengenalan akhir pengeboman kereta api Madrid 2004.. Dalam serangan itu, telefon bimbit telah digunakan bagi meletupkan bom. Bagaimanapun satu dari bom tersebut gagal meletup dan kad SIM (Subscriber Identity Module) dalam telefon bimbit memberikan petunjuk penting mengenai pengganas kepada penyiasat. Dengan menjejak kedudukan kad SIM dan menghubung kait dengan telefo bimbit lain yang telah didaftar dikawasan tersebut, polis mampu menjejak pengganas. Tindakbalas semasa berlaku bencana Kerajaan Finland memutuskan pada 2005 bahawa cara terpantas bagi memberi amaran kepada rakyat mengenai amaran bencana adalah melalui jaringan telefon bimbit. Di Jepun, syarikat telefon bimbit memberikan amaran segera berkenaan gempa bumi dan bencana alam lainnya kepada pelanggan mereka secara percuma. Dalam kejadian bencana, krew tindakan bencana boleh memastikan orang yang terperangkap dan tercedera melalui isyarat dari telefon bimbit mereka. Menu berinteraksi yang boleh dicapai mealui pelayar Web telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya.

Di Finland perkhidmatan penyelamat mencadangkan pengembara agar membawa telefon mobil dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesyen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas. Juga, pengguna di Amerka Syarikat boleh melanggan melalui pembekal perkhidmatan mereka perkhidmatan teks percuma apabila Amaran AMBER dikeluarkan di kawasan mereka. Bagaimana, kebanyakan jaringan telefon bimbit beroperasi hampir sepenuh kapasiti semasa masa normal, dan peningkatan dalam jumlah panggilan yang disebabkan oleh bencana luas seringkali menengelamkan system ketika ia amat-amat diperlukan. Contoh yang dilaporkan dalam media bilamana perkasa sebegini berlaku adalah semasa serangan 11 September 2001, gempabumi Hawai, gangguan kuasa Northeast 2003, pengeboman London Tube 2005, Hurikane Katrina, dan keruntuhan jambatan Minnesota 2007. Dengan itu telefon bimbit lebih sesuai bagi kecermasan terpencil seperti kemalangan senjata.

Amazing Recitationg By Khaled Al Jaleel


Terjemahan Doa Solat Dhuha